BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 20 Jun 2009

IDEA UNTUK TAMBAH ORKID LAGI...

Berita gempak, khabar baik....idea yang sangat bernas....hubby beri idea untuk penuhkan keliling rumah aku dengan pokok2 orkid. "Mana orkidnya?", saja ajelah aku buat provokasi, nak dengar apa kata hubby aku...."belilah" jawap dia lagi. "Tak sayang duit ke?" Aku tanya lagi...."Laburlah dalam RM 1000 untuk beli orkid". Aku menung sejenak...sejak bila pulak hubby aku ni minat dengan pokok2 yang aku tanam ni. Selalunya dia buat tak peduli aje...rupa-rupanya sejak dia tengok pondok orkid aku itu meriah dengan orkid-orkid yang berbunga berbagai rupa dan warna... dia yang jadi terlebih-lebih teruja...
Selama ini akupun sebenarnya ada juga idea gila yang sebegitu tapi aku masih lagi ada rasa segan dengan hubby aku walaupun hubby aku tu maklum sangat dengan minat aku yang suka tanam pokok2 yang tak boleh makan ni ( ini kata2 mak mertua aku ). Walaupun aku beli pokok2 ini dengan duit aku tapi aku masih menghormati hubby yang menghabiskan duit untuk makan anak bini dan membayar bil2 bulanan yang banyak tu....he he he. Tapi kalau hubby sendiri yang memberikan idea yang agak gila tu...aku bagai orang mengantuk disorongkan batallah....

Selasa, 16 Jun 2009

ORKID MOKARA RED KEMBANG LAGI...

Masa cuti pertengahan tahun yang baru lalu aku banyak belajar tentang orkid, terutamanya mengenali nama-nama orkid. Mana satu orkid Vanda dan mana satu orkid Mokara....


Sekarang isyaAllah, aku dah boleh bezakan bentuk bunga orkid Vanda dan orkid Mokara. Macamana aku belajar? Mula-mula aku singgah kat nurseri orkid di Simpang 4 Chendering, interview makcik yang jual orkid kat situ....Dia tunjukkan aku orkid yang dipanggil orkid Vanda.



Selebihnya aku 'menggoogle' kat internet...kata orang hendak seribu daya.


14.06.2009

16.06.2009

Sekarang aku sabar menanti orkid 'Mokara Red' ini kembang lagi...Kalau tak silap akulah ini orkid Mokara Red.. We will see...ha ha ha.


17.6.2009


Hah.....Mokara ini dah kembang tapi kenapa warnanya orange bukan red, salah rupanya ni...


Dah kembang penuh pun si Orange ni.... cantikkan!


Aku dah ingat...... aku memang ada orkid Mokara jenis ini tapi dah lama tak berbunga sehinggakan aku lupa pokoknya yang mana satu....cantiknya kan bila orkid ini kembang begini. Sebenarnya orkid-orkid ni semua kena dibelai dan disayangi...tapi oleh kerana sibuk dengan tugasan di sekolah tempat aku cari makan, aku agak mengabaikan pokok-pokok orkid yang aku sayang semuanya ini. Bukan apa kan...mahal ni...Mokara jenis ini namanya Mokara Eastern Vigor

Selasa, 9 Jun 2009

ORKID OH ORKID...

Aku beli orkid lagi... harap-harapnya ini adalah penutup untuk cuti sekolah kali ini.

Minat sangat aku dengan orkid ni...so beli aje lah....Ranya ini orkid Cattleya. Betul ke ni?


Orkid yang paling mahal yang pernah aku beli, katanya ini orkid vanda.. Kalau tak silaplah ini ialah Vanda Purple Magic. Betul tak ni?

Ini orkid apa pulak, dulu rasanya dah pernah beli orkid ni tapi mana satu ntah. Rasanya ini orkid jenis Dendrobium. Betul tak?


Orkid yang putih melepak, kelopaknya agak besar...cantik. Inipun orkid jenis Dendrobium. Bijak...bijak.



Inipun rasanya pernah beli dulu, tapi mana satu ntah...tak berbunga lah tu... Dendrobium jugak ni kan?

Ahad, 7 Jun 2009

ORKID LIAR DI HUTAN LIPUR SEKAYU...


Banyaknya orkid liar yang bergantungan di dahan-dahan pokok, tak adalah tinggi sangat duduknya tapi tentunya tak tercapai dek tangan. Kat atas pokok atas kepala aku duduk, terletak cantik orkid liar dengan bunganya kecil berwarna purple . Aku suruh hubby tolong ambilkan tapi tak dilayannya permintaan aku, menyampahlah aku kat hubby hari ni...at last aku kutip sajalah pokok orkid di dahan yang jatuh ke bumi...entah warna apalah orkid liar ni...

Khamis, 4 Jun 2009

ORKID MERPATI...

Orkid Merpati atau nama saintifiknya Dendrobium Crumenaton merupakan orkid liar yang kalau sekali pandang tak ada cantiknya langsung. Aku milikinya nipun secara tak sengaja...selama ini aku panggil orkid ini sebagai bunga anggerik. Mana aku dapat? Hah cara dapatpun simbolik juga...masa tu aku sedang menunggu Si Sulung taekwondo, tiba2 ada dahan terjatuh depan aku...dahan reput itu dipenuhi dengan pokok orkid liar yang tidak berapa subur...kerana pokoknya agak tua dan tidak berbunga...Orkid yang jatuh tu aku kutip dan letakkan di dalam bonet kereta. Balik rumah aku hanya mencampakkannya di bawah pokok pinang merah. Melepak orkid merpati tu hampir seminggu di situ sebelum dikutip oleh pengasuh Si Bongsu dan ditanam di dalam sabut kelapa. Sebenarnya aku tak ada idea langsung macamana nak tanam pokok orkid tu...Nasib baiklah Kak Ani(pengasuh) bawak sabut kelapa dari rumahnya khas untuk ditanamnya Orkid Merpati..

Anak-anak pokok yang kecil diletakkan di dalam pasu yang dah tak cantik...betapa tak berharganya orkid ini...tapi nak dibuang terasa sayang... Orkid Merpati ni dah berkali-kali berbunga. Bunganya putih dan kecil tapi kembangnya tidaklah lama. Paling lamapun tak sampai seminggu.

Kini Orkid Merpati membiak dengan suburnya di rumah orkidku. Kehijauan pokoknya memang menambahkan seri orkidku. Katanya orkid ini berbunga setahun sekali...ya ke? Aku sendiripun tak perasan sebenarnya...tapi kalau tiba waktu berbunga, memang bunganya banyak...

DENDROBIUM COCHLIODES



Hah sedap namanya..aku baru jumpa nama untuk orkid ni, cantik gitu. Orkid ni agak rajin jugak berbunga dan tahan lama... Foto atas adalah bunga terbaru yang masih segar di pokoknya...

ORKID MOKARA PINK DAN MOKARA RED

Orkid Mokara Pink
Orkid Mokara Red
Dah lama orkid ini tidak mengeluarkan bunga. Sebenarnya orkid ini antara yang paling kerap berbunga, tak taulah mana silapnya...entah2 dia merajuk dengan aku kot. Hari tu aku tukar pasunya...dari pasu plastik tukar ke pasu tanah liat... 5 bulan jugak dia merajuk, mungkin tak serasi lagi...

ORKID LAGI...

Aku ajak hubby ke pasar tani, satu saja yang best hubby aku ni...kalau ajak berjalan-jalan. Tak kira angin ribut dia akan jawab 'jom'. Lampu hijaulah tu..yang terlebih seronok anak2 akulah. Tau sangat anak2 aku tu, masing2 akan dapat bahagian yang sama...Si Sulung dengan Si Tengah hanya minta CD game dan Si Bongsu akan mintak barang2 kecantikan...lipstik, bedak dan barang2 perhiasan diri...Aku? Macam biasalah kalau kat pasar tani tu, apa sangat yang ada...selain pokok2, sayur2 dan lauk-pauk... Sesampai kat pasar tadi, hubby menonong ke tempat menjual daging, aku pulak menonong ke tempat jual orkid, Si Bongsu pulak menonong ke tempat jual bedak2 cuma yang tak kemana-mana Si Sulung dan Si Tengah. Kat pasar tani tak ada jual CD game. Kah3...Aku sempat beli 2 jenis orkid ni , sekali pandang macam aku dah ada kedua-duanya...tapi tak ada pilihan dah...aku tibai ajelah. Kalau tak beli kan balik menung pulak... Tapi bila sampai rumah, compare punya compare rasanya belum ada kot...yang sedia ada tu warna kuning, ini pulak kehijauan bunganya...satu lagi purple dia lebih muda dan lembut...nasib baik beli...

Isnin, 1 Jun 2009

ORKID BARU...


Blog orkid aku dah bersawang jugak dah... bukan apa tak sempat nak jengah dan tak ada penambahan orkid baru dalam 2/3 bulan ni. Cuti pertengahan tahun dah bermula so aku ada masa sikit untuk update blog dan update sekali persekitaran rumah aku yang turut bersawang...kah3. Esok aku juga paksa hubby aku cuti untuk mengecat semula pagar yang dah menampakkan karat-karat yang banyak... Hari ni aku menjengah ke nurseri untuk mencuci mata dan juga untuk mencuci poket, belek punya belek aku tersangkut dengan 2 jenis orkid ni...saja jelah beli...