BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 12 Ogos 2011

ORKID HUTAN...

Orkid ni hubby bawak balik dr rumah Emak Mertua. Abang Ipar aku jumpa di atas pokok rambutan di belakang rumah Mak Mertua. Bagi yang tidak minat dgn Orkid, aku rasa bila terjumpa je dgn pokok yang sebegini...confirm tidak akan dipedulikannya.....kerana bunganya tak ada la cantik manapun dan juga tidak tahan lama, tapi bagi aku ...sebagai seorang yang minat dengan pokok2 Orkid sebegini yang sukar utk ditemui memberi seakan satu kepusan kerana memilikinya. Orkid ni tidak boleh d beli d mana2 nurseri, walaupun bunganya yang halus tu hanya boleh tahan...paling lamapun seminggu jerrr.......





Rabu, 10 Ogos 2011

BLOG ORKIDKU....


Dah lama tak edit blog okid.... Petang tadi dapat call drp seseorang yang meminati orkid dan dia telah singgah ke blog aku yang bersawang niii. Kata dia, dia nak datang melawat sambil menengok-nengok orkid aku yang cantik2 dalam blog ni....Aku sengih sendiri........

Ketahuilah kekawan....bunga2 orkid memang cantik, apatah lagi di dalam gambar....kalau nak tengok bunga yang beraneka rupa dan warna, better singgah kat Mokcik Orkid Chendering........kat sana lagi byk orkid yang cantik2.......y a kan.!!!

5 tahun dulu aku ada beli anak butterfly kat Makcik simpang 4 Chendering. Masa itu anak butterfly tu sangat kecil krn harganya hanya rm5....boleh bayangkan tak. Aku belalah ia dengan kasih sayang...chewahhhh, 5 tahun baru la berbunga...puas la rasa hati apabi la akhirnyakluar bud dr celah daunnya. Tak sabar ingin melihat bunganya.....hari-hari asyik duk intai dan belek jerrr....
at last ini dia bunganya...... cantik kan....



Isnin, 14 Februari 2011

ANAK BUTTERFLY BELAJAR BERBUNGA.....


Aku suka sangat dengan orkid2 butterfly, tak kiralah apa warnanya...... orkid jenis butterfly yang dah berbunga, di pasaran harganya antara rm 40 /rm50 sepokok....tapi pada aku harganya berbaloi sangat berbanding dengan daya tahan bunganya dan juga penjagaan pokoknya tidaklah secerewet orkid2 cattleya........

Aku ada lebih kurang 10 pokok orkid jenis ini. Kalau semuanya nak beli masa berbunga...kopaklah poket aku, so untuk tampung sikit poket yang terkoyak aku belilah anak2 butterfly yang belum berbunga di mana harganya dalam rm15 sepokok. Kalau diukur saiz pokoknya mungkin sama saja dengan pokok yang dah mengeluarkan bunga tapi pokoknya nampak macam muda sikit....

Kali terakhir aku membeli anak2 butterfly adalah 2 tahun dulu. .....Aku beli 3 pasu anak butterfly yang agak subur. Mungkin nasib aku baik, setelah 3-6 bulan dijaga dan dibelai, 2 drp.nya mengeluarkan bunga.... dan sehingga sekarang tidak henti2 mengeluarkan bunga bertangkai2. Nampaknya baja kerang sangat sesuai untuk pokok orkid jenis ini.....

Namun aku tidak bernasib baik untuk satu lagi anak butterfly. Pokoknya subur tapi berbunganya tidak. Kini setelah 2 tahun, barulah aku nampak hasilnya.....yahhhhh, aku menarik nafas lega.....

Tak sabar aku ingin melihat bunganya. Penat aku berbisik dengan orkid ni supaya mengeluarkan bunganya dan sekali keluar nampaknya 2 tangkai dan tangkainya bercabang2...... syukur sungguh!!!!

Bud pertama nampaknya dah terbuka kelopaknya, aku 'excited' sangat nak tengok bentuk dan rupa sertacolornya......adakah kuning, merah, purple atau warna apa agaknya? Eeeeeeeeee, tak sabar!!!!!!!

Rupanya warna purple juga...lebih kurang je dengan yang yang kembang terdahulu....ini dia.........huhuuuuu......cantik kan!!!


Sabtu, 1 Januari 2011

MOKARA PINK KEMBANG LAGI...



Inilah orkid yang paling rajin berbunga, tak putus2....hilang saja tangkai yang terdahulu, akan kelihatanlah bud baru muncul di celah2 daun.........

Pokok orkid ini aku tanam di atas tanah dan memanjat di pagar batu laluan ke rumah sebelah.....

Pokoknya tinggi dan besar membuatkan bunganya juga besar...cantikkkk bangat. Nak memandang terpaksalah mendongak....



..