BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 Disember 2009

MASALAH DAH BERAKHIR...

Lamanya tak update blog orkid aku ni....banyak masalah terutamanya dengan streamyx kat rumah ni, kejap ok kejap k.o. Line streamyx pulak slow je, dah kerap kali mengadu dengan telekom tapi katanya memang ada masalah lately. Untuk mengurangkan masalah aku beli modem wireless la pulak...apa rasionalnya? saja je la nak upgrade, nak suruh orang datang tengok apa yang tak kena dengan streamyx kat rumah ni. 2 bulan aku bayar free je, guna tak seberapa...rugi, rugi.

Bila pakai wireless, ok la pulak...mula2 tu slow juga tapi dalam 2 hari ni dah kembali macam biasa... so boleh la aku update blog2 aku yang berlambak ni... Bila line slow...part nak upload gambar, tu la yang paling boring...tak terkata boringnya. Tapi kan...aku tak hidup rasanya tanpa internet dan laptop.... hehe.

Aku dah banyak ter'miss' upload gambar2 orkid terbaru yang kembang pada musim hujan tempohari. Musim hujan...orkid pun kembang tak lama, dalam
2 minggu dah gugur layu...sayu je tengok...

Ni la antara gambar2 orkid yang sempat aku rakam...

Khamis, 1 Oktober 2009

RACUN, UBAT DAN BAJA...

2 botol yang putih rendah tu adalah ubat kulat..kata cina kat Pasar Tani. Botol putih yang agak tinggi tu ialah racun serangga untuk pokok orkid. Aku dapatkan ubat-ubat ni sebagai persediaan untuk musim hujan yang bakal melanda tidak berapa lama lagi. Sekurang-kurangnya aku ada senjata untuk menghalau kumbang-kumbang dan serangga yang selalu singgah atas bunga-bunga orkid.
2 botol ni pula ialah baja subur dan baja bunga untuk pokok orkid yang dibekalkan oleh cina kat pasar tani tu untuk pokok-pokok orkid aku. Katanya selepas 3 kali sembur baja subur , baru sembur baja bunga.... \
Hah, kalau tak menjadi lagi orkid aku ni tak tau la apa nak cakap...ha ha ha.

MUSIM HUJAN DAN MUSIM PANAS...

Walaupun musim panas dan musim hujan adalah nikmat yang dianugerahkan Allah untuk kita, aku lebih suka musim panas. Kenapa? Ada sebabnya....

Musim hujan tidak begitu selamat untuk pokok2 yang aku tanam terutamanya hujan yang melampau. Pokok2 orkid akan mudah diserang berbagai jenis penyakit....

Antara pokok2 orkid yang dah menunjukkan adanya penyakit..



Sabtu, 26 September 2009

ORKID MERPATI HUBBY KEMBANG BERSERI...

Selama ini suami aku endah tak endah saja dengan minat aku yang satu ini, tapi dia tidak pernah melarang kalau aku menghabiskan duit membeli orkid2 baru ataupun menghabiskan masa dengan pokok2 orkid di halaman. Pada suatu hari, jeng..jeng..jeng....tiba2 saja dia bawak balik orkid ini dan diikat pada pokok mempelam di halaman. Bila siap dia tunjukkan dengan bangganya kepada aku. Aku sebenarnya terkejutlah juga dengan hasil kreatif yang ditunjukkannya....tapi tak nak la memuji.......

Aku tak ingat la pulak dah berapa bulan orkid merpati tu dah menumpang di situ. Akupun tak berapa nak peduli sebenarnya....suamipun lepas ditanamnya tak ada la pulak dia nak menjengah atau ambil tahu ....
Tapi beberapa hari lepas, lain la pula ceritanya. Aku menjengah ke halaman seawal 6.30 pagi. Saja je lah untuk mencari aura pagi dan tenangkan fikiran. Aku tercium bau wangi yang sangat kuat . Tercari-carilah aku dari mana puncanya, sehinggalah aku terpandang kepada pokok orkid merpati ini.....yang ditanam oleh suami tempohari.
,
Wah...banyaknya bunga yang sedang berkembang wangi. Tak aku sangka... Suami aku apa lagi, tersengih-sengih...suka la tu. Tapi sayangnya kembangnya tak lama, hanya sehari saja. Aku agak terkilan kerana belum puas aku menatap dan mengaguminya bunga yang putih bersih, keesokkannya bunga2 itu dahpun layu....

Dahlah susah nak berbunga, bunganya kecil... kembangnyapun tak lama....

Khamis, 27 Ogos 2009

VARIASI DUNIA ORKID....

Dalam tercari-cari sumber2 untuk menambah pengetahuan tentang orkid, aku terjumpa dengan buku ini...lagipun harganya tak mahal dan mampu beli...rm19.90 keluaran alaf21. Bermacam-macam petua dan cara penjagaan orkid yang dipersembahkan di dalamnya... untuk sehari dua ni mata aku tak lekang dari buku ini nampaknya, sementara cuti masih ada...

Isnin, 10 Ogos 2009

RUMAH BARU DAH ADA PENGHUNI...

Rumah baru belum siap bercat, tapi dah ada penghuni disebabkan rumah lama dah tak mampu untuk menampung kepadatan penduduknya...ha ha ha. Itulah rumah dan orkid-orkid aku yang semakin membiak...

Bawah...inilah tempat aku lepak setiap hari sambil menikmati keindahan bunga-bunga orkid...cantiknya.


Jumaat, 31 Julai 2009

VANDA ORANGE HARIMAU...

Aku tak tahu nama orkid ni, so suka-suka saja beri nama Vanda Orange Harimau.... speciesnya sama saja dengan Vanda Purple terdahulu tu...

VANDA APA NI...

Masa beli...kudupnya belum terbuka. Tak boleh nak agak warna apa sebenarnya. Cuma bantai beli ajelah...
Selepas seminggu di rumah... dah kembang begini.... warnanya sangat pekat.

Isnin, 27 Julai 2009

ORKID ONCIDIUM...

ORKID APA NI?

Aku tertarik dengan orkid ni tapi tak tahu apa jenis speciesnya. Bunganya cantik...

VANDA RUMPINI RED...

Cantiknya vanda ni. Aku sangat tertarik dengan bunganya yang besar. Vanda Rumpini Red, nama ni ada tertulis pada kertas yang diikat pada bunganya....

CATTLEYA ORANGE ....

Cattleya Orange yang sangat menyerlah warnanya.

Ahad, 26 Julai 2009

MOKARA CHRISTINE WHITE ?


Entah betul tak namaya tu.... nampak macam serupa...

CATTLEYA KUNING HIJAU + MERAH...

Cantik sangat gabungan warna bagi cattleya ini... ummmm tak puas mata memandang....

CATTLEYA PURPLE...

Semuanya purple....