BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 16 Jun 2010

ORKID2 YANG SEDANG BERKEMBANG 2

Aku suka benar dengan kaler Cattleya ni...kalau tak silap aku warna jingga la ni... Asyik2 gambar orkid aku ambik bahagian depan aje, ari ni aku jadi terror pulak part2 mengshoot gambar2 dari arah yang berbeza dari sebelumnya...
Gambar bawah adalah pandangan depan yang biasa aku ambik.....

Ini pula ialah shoot dari pandangan belakang. Silap buat nampak punggung je...he he. Abstrak gitu. Cantik tak? Cantik, cantik, cantik....

Haaaa ni lagi satu gambar yang aku kagum dgn keupayaan sendiri. Sementara ini, inilah gambar yang menghiasi screen laptop aku .... nampak unik je gambar orkid ni.... aku syok sendiri...

Cattleya ni sedang berkembang di rumah orkid, hanya sekuntum....

ORKID2 YANG SEDANG BERKEMBANG 1

Cattleya putih bersih ni kembang 2 kuntum cantik berseri. Inilah famili orkid yang hubby suka sebab bunganya besar dan cantik mekar... semua Cattleya yang aku ada, hubby yang belikan....
Ini juga Cattleya kesukaan hubby, dah kembang begini rajin lah hubby menjeguk rumah orkid sambil memuji-muji bunganya yang cantik....

Warna kuning ni aku tak pasti dari famili mana...bunganya cantik sangat kalau kembang banyak dan memenuhi pasu...tapi orkid ni tak tahan lama. Paling lama pun seminggu saja, walaubagaimanapun orkid ini galak berbunga...

Orkid kuning terang ni dari famili Mokara la rasanya. Aku suka dengan kelopaknya yang besar tapi hubby tak suka. Tak apa la kalau tak sukapun asalkan ibu teringin...hubby belikan....yahooooo!!!


Selasa, 15 Jun 2010

ORKID MERAJUK KEMBANG BERSERI...

Sepulang aku dari HUSM, aku disambut oleh senyuman ceria sang orkid yang dah lama merajuk dan tidak mengeluarkan bunga. Seingat aku orkid ini mogok dari berbunga semenjak adanya pokok betik yang meneduhinya....maka merajuklah ia kerana tidak mendapat cahaya panas yang mencukupi... Sekarang pokok betik tersebut dah terbalik kerana dah tua....
Sebelum aku ke HUSM lagi, aku dah dapat lihat ada beberapa buds yang dah nak kembang... After five days aku di HUSM, balik2 saja orkid ini dah kembang sebegini mekar....hati aku yang gundah jadi ceria....tak sabar2 aku nak tunjukkan pada hubby.... Panggil2 hubby tak peduli saja asyik benar duk belek2 exoranya....eeeeiiii geramnya...
Inilah orkidnya...aku sendiripun dah lupa bagaimana rupa orkid ini sebelum dia kembang....