BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 20 Februari 2010

ORKID ABI BELI...3

Orkid ni dari jenis Oncidium...., pun Abi baru beli untuk menambahkan koleksi yang ada. Jom layan gambar2 yang ada ni...


Selasa, 16 Februari 2010

ORKID ABI BELI....2

Cantik orkid ni...aku berkenan sesangatlah kiranya...tak tahulah jenis apa ni, samada Cattleya atau Oncidium. Kalau tengok pokoknya may be dari jenis Oncidium kot...


ABI BELIKAN ORKID ...1.

Balik dari kerja pada suatu petang Abi tersengih-sengih apabila terpandangkan aku yang tengah menilik bunga2 orkid yang sedang berkembang....

Ibu nak orkid lagi ke? Nanti Abi belikan, katanya. Aku terpelagah memandang hubby, eh ya ke? Aku menyoalnya balik..ni umpama orang mengantuk disorongkan bantal saja. Ya lah, nanti cuti raya cina kita gi ronda-ronda tengok orkid...hubby membalas, agak acuh tak acuh.
Oooo ya la tu, aku agak tak percaya...hubby memang suka bergurau. Tapi ajaibnya Abi tak lupa dengan janjinya. Sekembali saja dari jogging sewaktu cuti 2 hari lepas , hubby singgah kat nurseri di Chendering. Hubby hulur RM200 untuk aku beli orkid, aku bukan main lagi seronoknya....inilah kalau nak dikatakan sayang hubbypun....eeeeeee. Tapi kan ada apa2 tak ni?
Inilah orkid yang dibeli....Oncidium color purple.

Jumaat, 12 Februari 2010

VANDA RUMPINI RED KEMBANG LAGI....

Hati aku jadi ceria semacam bila melihat Vanda ini kembang berseri. Hubby aku asyik duk puji saja setiap hari memandang. Hati aku jadi kembang...

Hubby janji nak belikan aku 5 pokok orkid lagi esok kat pasar tani, aku seronoknya. Apa la yang bertuah sangat aku hari ni... Mungkin dia nak ambik hati aku agaknya bila dia lihat aku kurang ceria di sekolah baru berbanding sekolah lama dulu....


BANGSAL ORKID, PINDAH KE LOKASI BARU...

2 bangsal orkid ini yang pada mulanya aku letak berjauhan, kini dah didekatkan kerana memberi laluan kepada pembinaan garaj yang baru...Nak buat macamana halaman rumah ini tidak begitu besar ruangnya, kena bahagi-bahagikanlah. Bangsal orkid kenalah mengalah.
Nasib baiklah bangsal ini aku dah rancang buatannya supaya boleh diangkat dan dipindah-pindahkan...Si Sulung meminta tolong beberapa orang kawannya untuk gotong royong mengangkatnya....hanya diupah sekotak air seorang...hehehe.



ORKID CATTLEYA...

Ini juga adalah orkid yang aku beli masa ia belum berbunga, masih anak lagi masa tu.... Aku bela 4 bulan juga barulah keluar sulur nak berbunga... Aku teruja juga sebab ingin sangat nak tengok warna dan bunganya...
Jom layan beberapa keping gambarnya yang aku sempat snap...



Khamis, 11 Februari 2010

BANGKITLAH SEMANGAT....

Sejak penggal persekolahan 2010 dimulakan aku jadi sibuk tak menentu. Maklumlah aku berada di tempat baru yang aku tak berapa 'familiar' lagi keadaannya. Keluar rumah seawal 6.50 pagi barulah aku tiba awal di sekolah, kalau tidak... aku akan stuck dalam jam yang sepatutnya tidak berlaku. Mungkin traffic light yang tidak begitu praktikal sistemnya membuatkan perjalanan yang cepat boleh menjadi lambat....
Keadaan ini membuatkan mood aku dengan sendirinya berubah, mungkin belum serasi dengan persekitaran yang baru ini. Dalam kelat hati dan rasa tidak happy ini rupa-rupanya orkid2 yang tidak pernah berbunga dah lama mengeluarkan bunganya. Hati yang gundah jadi sedikit ceria... Dah lama aku snap gambar2 orkid ini tapi malas pulak nak upload di sini. Malas adalah sejenis penyakit kan?
Cuti panjang Tahun Baru Cina ini, aku rasa rajin sikit nak melayari internet dan mengedit blog sebab rutin aku dah ditegur suami. Blog dah basi katanya... aku jadi tercabar la pulak. Memang aku pantang dicabar, sejak dulu lagi!
Cerita pasal orkid la pula ya.... Hah orkid kat bawah ni aku beli masa dia belum berbunga. Murah je hanya RM15 sepokok berbanding yang dah mengeluarkan bunga rm40. Selepas 4/5 bulan barulah berbunga .... mari kita layan gambar-gambar orkid ini....