BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 14 Februari 2011

ANAK BUTTERFLY BELAJAR BERBUNGA.....


Aku suka sangat dengan orkid2 butterfly, tak kiralah apa warnanya...... orkid jenis butterfly yang dah berbunga, di pasaran harganya antara rm 40 /rm50 sepokok....tapi pada aku harganya berbaloi sangat berbanding dengan daya tahan bunganya dan juga penjagaan pokoknya tidaklah secerewet orkid2 cattleya........

Aku ada lebih kurang 10 pokok orkid jenis ini. Kalau semuanya nak beli masa berbunga...kopaklah poket aku, so untuk tampung sikit poket yang terkoyak aku belilah anak2 butterfly yang belum berbunga di mana harganya dalam rm15 sepokok. Kalau diukur saiz pokoknya mungkin sama saja dengan pokok yang dah mengeluarkan bunga tapi pokoknya nampak macam muda sikit....

Kali terakhir aku membeli anak2 butterfly adalah 2 tahun dulu. .....Aku beli 3 pasu anak butterfly yang agak subur. Mungkin nasib aku baik, setelah 3-6 bulan dijaga dan dibelai, 2 drp.nya mengeluarkan bunga.... dan sehingga sekarang tidak henti2 mengeluarkan bunga bertangkai2. Nampaknya baja kerang sangat sesuai untuk pokok orkid jenis ini.....

Namun aku tidak bernasib baik untuk satu lagi anak butterfly. Pokoknya subur tapi berbunganya tidak. Kini setelah 2 tahun, barulah aku nampak hasilnya.....yahhhhh, aku menarik nafas lega.....

Tak sabar aku ingin melihat bunganya. Penat aku berbisik dengan orkid ni supaya mengeluarkan bunganya dan sekali keluar nampaknya 2 tangkai dan tangkainya bercabang2...... syukur sungguh!!!!

Bud pertama nampaknya dah terbuka kelopaknya, aku 'excited' sangat nak tengok bentuk dan rupa sertacolornya......adakah kuning, merah, purple atau warna apa agaknya? Eeeeeeeeee, tak sabar!!!!!!!

Rupanya warna purple juga...lebih kurang je dengan yang yang kembang terdahulu....ini dia.........huhuuuuu......cantik kan!!!


1 ulasan:

inawati berkata...

salam. saya pengumpul pelbagai jenis orkid. lawatlah blog saya utk bertukar pendapat http://pengumpulorkidliar.blogspot.com/