BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 5 Julai 2009

ORKID DARI CAMERON HIGHLANDS...

Office hubby aku mengadakan kursus fail meja di Cameron Highlands... huh apa lagi akupun berkira-kiralah supaya hubby intai-intai, kot2 ada jual orkid yang cantik2. Aku ni sebenarnya menyuruh dalam takut dan berani ... tau ke hubby aku ni beli orkid, kerana selama ini bila aku beli orkid tak pernah mintak pendapat dia.... dah tau dia bukannya orang yang nak 'involve' dalam bab2 yang macam ni. Aku kata kalau ada yang cantik2 tu, belilah sepokok dua....
bila dia balik malam tadi aku dah tidur, penat sangat jaga anak sebab hubby tak ada kan... Masa dia masuk bilik aku terus terjaga, dan automatik terbangun sebab dibelikan aku 6 pokok orkid... tak kusangka kiranya cempedak jadi nangka.....Inilah orkid2nya.....
Ini orkid Cattleya, purple lembut menawan...


Ini orkid Butterfly, lembut memikat

Ini orkid Oncidium

Ini orkid Mokara Red

Ini orkid Oncidium Popilio

Ini aku tak tahu orkid dari spesies yang mana satu...aku kena buat research dulu la ni...


Lain kali bolehlah Abi tolong belikan lagi....bolehlah tahan, sebab semuanya aku belum ada, tapi aku rasa harganya mahal sikit. Kat sini rasanya boleh dapat lebih murah, tapi nama Cameron Highlands tu aje yang rasa hebat untuk dijadikan cerita... Nanti orang tanya, beli kat mana? Bolehlah berlagak sikit....Cameron Highlands...ha ha ha !!!! Lepas ni jangan lupa projek orkid kita, ya Abi!!

2 ulasan:

ijad berkata...

cantiknya orkid

ShalbySalbina berkata...

itulah, harganya pun cantik juga...he he..