Inilah yang memeningkan kepalaku. Orkidku makin hari makin banyak dan makin cantik tapi masih tak berumah. Aku dah budgetkan RM500 untuk bina rumah untuk orkid-orkidku yang lebih kurang 40 pasu tapi tak ada orang yang hendak membuatnya... Aku bukan nak suruh percuma... Aku dah lapangkan tempat yang aku kira sesuai untuk menempatkan rumah untuk orkidku tapi tak tahulah bila akan jadi kenyataan...uwaaa!!!!
Jumaat, 19 Disember 2008
Selasa, 25 November 2008
PANDUAN UNTUK PENGGEMAR ORKID...
Umumnya, orkid boleh dibahagikan mengikut ciri pertumbuhannya iaitu monopodial dan simpodial. Monopodial adalah orkid yang mempunyai hanya satu batang dan akan tumbuh meninggi. Tangkai bunganya akan keluar di antara daun. Contohnya, orkid Vanda, Mokara dan Phalaenopsis.
Manakala orkid simpodial pula mempunyai rizom, iaitu batang yang tumbuh rapat dipermukaan pasu. Beberapa pucuk baru akan tumbuh daripada bahagian ini. Tangkai bunga akan keluar di penghujung pucuknya. Selepas berbunga, pucuk baru akan tumbuh dan berbunga. Contoh orkid simpodial ialah Oncidium, Dendrobium, dan Catteleya.
Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium. Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara. Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil.
Mengenali species orkid menerusi bunga
POKOK orkid atau orchidaceae adalah keluarga bunga yang banyak perbezaan pada bentuk dan rupa pokok. Ada 808 spesies orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga.Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal. Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih. Bentuk batang orkid berkait rapat dengan cara pertumbuhan pokok orkid sama ada orkid simpodium atau orkid monopodium. Cara pertumbuhan orkid juga digunakan sebagai satu ciri yang dilihat untuk menentukan genus orkid. Orkid simpodium boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau atas tanah (terestrial). Batang pokoknya berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Bebawang semunya panjang beruas-ruas atau pendek tanpa ruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Bebawang semu tua akan mengeluarkan tunas baru di pangkal rumpun sebelum mengecut dan mati. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium. Penghasilan bunga banyak bergantung kepada keadaan ‘photoperiodic’ dan suhu sekitaran. Untuk orkid Dendrobium, Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan Vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu, orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang.
Dicatat oleh ShalbySalbina di Selasa, November 25, 2008 1 ulasan
Selasa, 18 November 2008
ANAK ORKID BUTTERFLY...
Dicatat oleh ShalbySalbina di Selasa, November 18, 2008 0 ulasan
Khamis, 13 November 2008
PERMULAAN BARU UNTUK ORKID...
Aku sangat suka dengan orkid. Dulu masa aku menyewa, pokok orkidku cantik-cantik. Sekarang koleksi orkid yang aku ada kurang berbunga dan kurang cantik... Mungkin kerana aku kekurangan masa dan pokok di rumahku terlalu banyak untuk si beri perhatian. Sekarang cuti sekolah telah bermula. aku berazam untuk mencantikkan semua pokok orkid yang aku ada dan menambah seberapa banyak koleksi lagi dalam masa terdekat. Macamana cara? Belilah, apa lagi.... Budget? Belilah yang kecik-kecik dan harganya bawah dari RM 20....
Dicatat oleh ShalbySalbina di Khamis, November 13, 2008 0 ulasan