Rumah orkidku telah siap dibina. Aku seronok sangat...senyum dah sampai ke telinga ni. Aku 'budget' RM500 untuk rumah ini tapi nampaknya aku jimat lagi RM150... Duit ini bolehlah aku guna untuk tambah lagi koleksi orkidku...
Rumah orkid ini 8 kaki panjang dan 5 kaki lebar, cukup lega untuk pokok orkid aku yang kurang dari 50 pasu setakat ini...
Aku berhajat untuk mengecat rumah orkid ini dengan warna yang sesuai...
2 ulasan:
cantik ya orkid pn.sya pun minat juga
kalau dekat boleh sya dtg tenggok
Catat Ulasan