BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Disember 2010

ORKID PURPLE MENAWAN....

Dah bersawang lagi blog orkid aku ni, bukan aku tak ada masa...dan bukan juga aku tak ada idea...... kerana akulah guru matematik yang suka menulis. Teringat aku kepada seorang rakan di sekolah lama...SMK Chendering, seorang ustazah pakar pernah kata kat aku, dia tak pernah jumpa seorang guru matematik yang suka menulis dan membaca novel.........
Hah melalut lagi....entry aku kali ini setelah sekian lama menyepi dari laman orkid ini ialah mengenai sepasu orkid yang agak lama juga dah aku beli tapi baru ada kesempatan untuk dimuatkan di sini.
Jom kita layan gambar-gambar orkid ini. Tak tau dari spesis mana ni....tapi warna purplenya cukup cantik....menawan dan aku tertawan....

0 ulasan: