BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 15 Jun 2010

ORKID MERAJUK KEMBANG BERSERI...

Sepulang aku dari HUSM, aku disambut oleh senyuman ceria sang orkid yang dah lama merajuk dan tidak mengeluarkan bunga. Seingat aku orkid ini mogok dari berbunga semenjak adanya pokok betik yang meneduhinya....maka merajuklah ia kerana tidak mendapat cahaya panas yang mencukupi... Sekarang pokok betik tersebut dah terbalik kerana dah tua....
Sebelum aku ke HUSM lagi, aku dah dapat lihat ada beberapa buds yang dah nak kembang... After five days aku di HUSM, balik2 saja orkid ini dah kembang sebegini mekar....hati aku yang gundah jadi ceria....tak sabar2 aku nak tunjukkan pada hubby.... Panggil2 hubby tak peduli saja asyik benar duk belek2 exoranya....eeeeiiii geramnya...
Inilah orkidnya...aku sendiripun dah lupa bagaimana rupa orkid ini sebelum dia kembang....

0 ulasan: