BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 11 Februari 2010

BANGKITLAH SEMANGAT....

Sejak penggal persekolahan 2010 dimulakan aku jadi sibuk tak menentu. Maklumlah aku berada di tempat baru yang aku tak berapa 'familiar' lagi keadaannya. Keluar rumah seawal 6.50 pagi barulah aku tiba awal di sekolah, kalau tidak... aku akan stuck dalam jam yang sepatutnya tidak berlaku. Mungkin traffic light yang tidak begitu praktikal sistemnya membuatkan perjalanan yang cepat boleh menjadi lambat....
Keadaan ini membuatkan mood aku dengan sendirinya berubah, mungkin belum serasi dengan persekitaran yang baru ini. Dalam kelat hati dan rasa tidak happy ini rupa-rupanya orkid2 yang tidak pernah berbunga dah lama mengeluarkan bunganya. Hati yang gundah jadi sedikit ceria... Dah lama aku snap gambar2 orkid ini tapi malas pulak nak upload di sini. Malas adalah sejenis penyakit kan?
Cuti panjang Tahun Baru Cina ini, aku rasa rajin sikit nak melayari internet dan mengedit blog sebab rutin aku dah ditegur suami. Blog dah basi katanya... aku jadi tercabar la pulak. Memang aku pantang dicabar, sejak dulu lagi!
Cerita pasal orkid la pula ya.... Hah orkid kat bawah ni aku beli masa dia belum berbunga. Murah je hanya RM15 sepokok berbanding yang dah mengeluarkan bunga rm40. Selepas 4/5 bulan barulah berbunga .... mari kita layan gambar-gambar orkid ini....




0 ulasan: