BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 26 September 2009

ORKID MERPATI HUBBY KEMBANG BERSERI...

Selama ini suami aku endah tak endah saja dengan minat aku yang satu ini, tapi dia tidak pernah melarang kalau aku menghabiskan duit membeli orkid2 baru ataupun menghabiskan masa dengan pokok2 orkid di halaman. Pada suatu hari, jeng..jeng..jeng....tiba2 saja dia bawak balik orkid ini dan diikat pada pokok mempelam di halaman. Bila siap dia tunjukkan dengan bangganya kepada aku. Aku sebenarnya terkejutlah juga dengan hasil kreatif yang ditunjukkannya....tapi tak nak la memuji.......

Aku tak ingat la pulak dah berapa bulan orkid merpati tu dah menumpang di situ. Akupun tak berapa nak peduli sebenarnya....suamipun lepas ditanamnya tak ada la pulak dia nak menjengah atau ambil tahu ....
Tapi beberapa hari lepas, lain la pula ceritanya. Aku menjengah ke halaman seawal 6.30 pagi. Saja je lah untuk mencari aura pagi dan tenangkan fikiran. Aku tercium bau wangi yang sangat kuat . Tercari-carilah aku dari mana puncanya, sehinggalah aku terpandang kepada pokok orkid merpati ini.....yang ditanam oleh suami tempohari.
,
Wah...banyaknya bunga yang sedang berkembang wangi. Tak aku sangka... Suami aku apa lagi, tersengih-sengih...suka la tu. Tapi sayangnya kembangnya tak lama, hanya sehari saja. Aku agak terkilan kerana belum puas aku menatap dan mengaguminya bunga yang putih bersih, keesokkannya bunga2 itu dahpun layu....

Dahlah susah nak berbunga, bunganya kecil... kembangnyapun tak lama....