BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 26 Julai 2009

RUMAH ORKID...

Rumah orkid aku dah tak muat untuk diisi dengan orkid-orkid baru. Banyak orkid yang dah melimpah kerana tak ada tempat untuk digantung... Ada dalam 10-15 pokok orkid yang terbiar tidak bergantung....

Abang ipar yang tinggal sebelah rumah aku, sanggup untuk tolong binakan bangsal orkid baru. Aku gembira sangat, sebab bukan senang nak suruh tukang besar tolong buatkan. Aku suruh dia buat simple saja, serupa dengan bangsal yang lama tu... tak payah cantik-cantik cukuplah dapat gantung pokok-pokok orkid aku yang semakin banyak. Nampaknya ramai orang yang gembira tengok orkid aku yang semakin bertambah dan berwarna warni. Bukan apa, dia orang tumpang tengok bunga-bunganya yang cantik berseri...

Bangsal orkid baru yang dah 85% siap.

0 ulasan: