Jumaat, 31 Julai 2009
VANDA ORANGE HARIMAU...
Aku tak tahu nama orkid ni, so suka-suka saja beri nama Vanda Orange Harimau.... speciesnya sama saja dengan Vanda Purple terdahulu tu...
Dicatat oleh ShalbySalbina di Jumaat, Julai 31, 2009 0 ulasan
VANDA APA NI...
Masa beli...kudupnya belum terbuka. Tak boleh nak agak warna apa sebenarnya. Cuma bantai beli ajelah...
Selepas seminggu di rumah... dah kembang begini.... warnanya sangat pekat.
Dicatat oleh ShalbySalbina di Jumaat, Julai 31, 2009 0 ulasan
Isnin, 27 Julai 2009
VANDA RUMPINI RED...
Cantiknya vanda ni. Aku sangat tertarik dengan bunganya yang besar. Vanda Rumpini Red, nama ni ada tertulis pada kertas yang diikat pada bunganya....
Dicatat oleh ShalbySalbina di Isnin, Julai 27, 2009 0 ulasan
Ahad, 26 Julai 2009
RUMAH ORKID...
Rumah orkid aku dah tak muat untuk diisi dengan orkid-orkid baru. Banyak orkid yang dah melimpah kerana tak ada tempat untuk digantung... Ada dalam 10-15 pokok orkid yang terbiar tidak bergantung....
Abang ipar yang tinggal sebelah rumah aku, sanggup untuk tolong binakan bangsal orkid baru. Aku gembira sangat, sebab bukan senang nak suruh tukang besar tolong buatkan. Aku suruh dia buat simple saja, serupa dengan bangsal yang lama tu... tak payah cantik-cantik cukuplah dapat gantung pokok-pokok orkid aku yang semakin banyak. Nampaknya ramai orang yang gembira tengok orkid aku yang semakin bertambah dan berwarna warni. Bukan apa, dia orang tumpang tengok bunga-bunganya yang cantik berseri...
Bangsal orkid baru yang dah 85% siap.
Dicatat oleh ShalbySalbina di Ahad, Julai 26, 2009 0 ulasan
Ahad, 19 Julai 2009
ORKID PHALAENOPSIS...
Nak beli emak mahal sangat, so beli anak dahlah.... inilah anak-anak orkid Phalaenopsis yang sangat cantik bila mengeluarkan bunga... katanya orkid ini agak manja so itulah yang membuatkan aku takut nak beli emaknya...takut gigit jari... anak2 ni sajapun dah rm15 sepokok.
Dicatat oleh ShalbySalbina di Ahad, Julai 19, 2009 0 ulasan
LAGI-LAGI ORKID...
Hah, aku dah tahu hubby memang gemarkan orkid cattleya kerana bila ke nurseri mata dia hanya cari orkid species ini... sedap tengok katanya, bunganya besar dan cantik... harganya boleh tahan...
Dicatat oleh ShalbySalbina di Ahad, Julai 19, 2009 1 ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)