BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 4 Jun 2009

ORKID MERPATI...

Orkid Merpati atau nama saintifiknya Dendrobium Crumenaton merupakan orkid liar yang kalau sekali pandang tak ada cantiknya langsung. Aku milikinya nipun secara tak sengaja...selama ini aku panggil orkid ini sebagai bunga anggerik. Mana aku dapat? Hah cara dapatpun simbolik juga...masa tu aku sedang menunggu Si Sulung taekwondo, tiba2 ada dahan terjatuh depan aku...dahan reput itu dipenuhi dengan pokok orkid liar yang tidak berapa subur...kerana pokoknya agak tua dan tidak berbunga...Orkid yang jatuh tu aku kutip dan letakkan di dalam bonet kereta. Balik rumah aku hanya mencampakkannya di bawah pokok pinang merah. Melepak orkid merpati tu hampir seminggu di situ sebelum dikutip oleh pengasuh Si Bongsu dan ditanam di dalam sabut kelapa. Sebenarnya aku tak ada idea langsung macamana nak tanam pokok orkid tu...Nasib baiklah Kak Ani(pengasuh) bawak sabut kelapa dari rumahnya khas untuk ditanamnya Orkid Merpati..

Anak-anak pokok yang kecil diletakkan di dalam pasu yang dah tak cantik...betapa tak berharganya orkid ini...tapi nak dibuang terasa sayang... Orkid Merpati ni dah berkali-kali berbunga. Bunganya putih dan kecil tapi kembangnya tidaklah lama. Paling lamapun tak sampai seminggu.

Kini Orkid Merpati membiak dengan suburnya di rumah orkidku. Kehijauan pokoknya memang menambahkan seri orkidku. Katanya orkid ini berbunga setahun sekali...ya ke? Aku sendiripun tak perasan sebenarnya...tapi kalau tiba waktu berbunga, memang bunganya banyak...

0 ulasan: